KELEBIHAN 'PEBBLE WASH'
.
- Bahan semulajadi dan lebih selesa di pandang.
- Tidak akan pudar.
- Tidak perlu dicat sampai bila bila.
- Cantik.
- Berguna untuk tepian dan corak didalam didalam rekabentuk lantai.
LANGKAH NO. 1
MENGENALPASTI ELEMEN YANG HENDAK DIPASANG 'PEBBLE WASH'
Ukur permukaan elemen untuk menentukan berapa banyak 'pebble' diperlukan, biasanya satu beg 'pebble' boleh digunakan untuk sepuluh kaki persegi. Jika anda sudah mahir, anda mungkin boleh pasang nipis sahaja dan anda boleh dapat menutup lebeh dari sepuluh kaki persegi untuk satu beg batu. Plasterkan mengikut bentuk yang di kehendaki mengunakan simen (lebihkan simen).
SUKATAN PLASTER/PLASTER MIX RATIO
'Plaster' kan struktur dengan sukatan campuran plaster seperti berikut;-
1 SIMEN (CEMENT): 3 PASIR HALUS (FINE SAND) : KAPUR(LIME)
Sukatan kapur adalah dicadangkan mengikut keperluan. Kapur membuat plaster likat dan cepat keras. Anda boleh mencuba mengikut kemahiran (skill) anda. Sekiranya anda memakai simen khas untuk plaster, kapur tidak perlu dicampur lagi.
LANGKAH NO.2
MEMBANCUH 'PEBBLE WASH'
1. Guna batu dan simen sahaja dan pekat
2. Sukatan 0.5-0.75 SIMEN (Nisbah sukatan) : 1 BATU (Nisbah sukatan)
3. Biarkan simen betul betul menyerap air dan menjadi likat
LANGKAH NO.3
RATAKAN CAMPURAN BATU DAN SIMEN KE SEMUA PERMUKAAN ELEMENT YANG HENDAK DIPASANG PEBBLE WASH
1. Pasang campuran batu dan simen ke atas plaster yang sedang mengeras.
2. Memampat dan melicinkan
3. Kerja-kerja melicin dan memampat boler dibuat dengan menggunakan roller setelah campuran mula mengeras.
LANGKAH NO.4
MENCUCI SIMEN PERMUKAAN BATU
1. Guna berus kasut dan air. Berus dengan perlahan sekurang-kurangnya selepas 1 jam
2. Selepas 1 hari atau lebih, gunakan asid sulfuric )50-70% campuran air) dan rolleruntuk mengeluarkan sisa simen atas batu.
3. Basuh sisa asid.
LANGKAH NO. 5
SAPU 'STONE SEALANT'
1. Jenis stone sealand yang baik: DOLPHIN BRAND
PEMASANGAN PEBBLES GUNA 'CLEAR BITUMEN' SEBAGAI GAM
Banyak pertanyaan yang saya terima berkenaan pemasangan pebble menggunakan gam selain dari simen. Gambar dibawah ialah satu contoh satu projek disebuah sekolah di United kingdom pada tahun 80an yang mana saya juga terlibat dalam merekabentuknya. Gam jenis bitumen warna cerah/jernih telah dibancuh dengan batu (pebbles). Cara memasangnya adalah sama macam memasang jalan tar biasa.
Campuran batu dan bitumen tanpa warna di pasang diatas slab 'binder course' (black tarmac base)
Campuran yang telah dipasang di padatkan menggunakan 'compactor', 'roller' dan besi penebat.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!