Ruang penyimpanan atau 'storage' memiliki peranan penting di rumah. Dengan adanya ruang penyimpanan yang rapi, benda-benda di rumah akan lebih tersusun. Yang lebih menyenangkan, ruang penyimpanan tidak banyak memakan ruang. Caranya? Manfaatkan ruang-ruang di rumah sebagai tempat penyimpanan, salah satunya adalah ruang kosong di dinding.
Ruang kosong di dinding dapat termanfaatkan dengan kehadiran rak gantung. Rak gantung boleh dibuat sendiri malah kehadirannya membuatkan ruang tersebut lebih menarik.
Rak gantung yang akan kita buat kali ini berasaskan bahan kayu. Anda boleh menggunakan kayu sisa atau kayu baru. Pilihlah jenis kayu jati atau sebarang kayu yang mempunyai tekstur dan warna yang khas.
Anda dapat membiarkan warna asli kayu bila suka. Namun, anda juga dapat mewarnainya sesuai warna kesukaan anda. Anda hanya perlu menyiapkan cat kayu. Teknik decoupage juga boleh jadi alternatif bila anda menginginkan rak yang khas sesuai personaliti anda.
Alat dan Bahan
1. Empat bilah kayu masing-masing sepanjang 71 cm
2. Cat kayu
3. Tali berdiameter 2 cm sepanjang lebih kurang 1 m
4. 12 paku sepanjang 5 cm (2 inci)
Langkah 1
Ukur jarak 2,54 cm dari keempat sisi papan dan tandakan. Kemudian buat lubang pada tanda tersebut dengan gerudi.. Anda akan mendapatkan empat buah lubang di setiap papan. Cat papan bila suka.
Langkah 2
Bahagikan tali menjadi dua bahagian. Balut ujung tali dengan tape agar proses memasukkan tali jadi lebih mudah. Susun empat papan tadi dengan posisi lubang sejajar. Masukkan tali pada lubang sisi kanan, mulakan dari papan paling bawah. Sisakan tali dan masukkan lagi ke lubang di sisi kiri. Ikat lebihan tali. Lakukan proses yang sama dengan kedua baris lubang sisanya.
Langkah 3
Masukkan paku semat di tengah alur tali agar kedudukan papan menjadi tetap.
Langkah 4
Gantung rak baru anda di tempat yang telah disediakan. Isi dan hias dengan barang-barang kesukaan anda.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!