Assalamualaikum dan salam sejahtera. Warna hijau itu indah, terapi buat mata, hati dan minda. Hijau itu kedamaian, kesegaran dan ketenangan. Hijau itu adalah tumbuhan yang mewarnakan alam sekitar yang masih kekal terpelihara.
Relaks Minda seketika dan hayati kehijauan warna alam untuk merehatkan mata dan menenangkan minda. Mata menyaksikan sambil dihati mensyukuri di atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Maha Pencipta.
Bersyukurlah dengan mengingati dan memuji nama Ilahi...
Pemandangan indah alam semulajadi ciptaan Ilahi. Semoga kita semua beroleh ketenangan dan kesejahteraan. Walaupun hanya melayari internet, janganlah sesekali kita lupa kepadaNya. Semoga setiap apa jua yang dilakukan, kita akan beroleh keberkatan dariNya... InsyaAllah...
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!