De Rhu Beach Resort, Pantai Balok, Kuantan. Salah satu resort yang disukai oleh keluarga saya ialah De Rhu Beach Resort. Resort ini terletak di Pantai Balok, Kuantan, terletak 2km sahaja dari Duta Village dan 15km dari bandar Kuantan. Anda boleh cari dalam GPS anda dengan carian De Rhu Beach Resort.
Resort ini adalah sebuah resort 3 bintang, walau bagaimanapun hospitality mereka agak hebat. Suasana lobby dan restoran De Rhu Cafe mereka agak cantik dan eksklusif, mana nak dapat resort 3 bintang layanan seperti ini. Mereka mempunyai sebanyak 162buah bilik yang terdiri dari Superior, Suite dan Deluxe.
Disini anda boleh mandi-manda di swimming pool ataupun di pantai, swimming pool mereka ada 2 iaitu indoor dan outdoor. Ini lah yang menjadi tarikan ramai termasuk anak-anak saya ke sini. Di kawasan Pantai Balok ini agak landai dan ombaknya agak tenang, boleh lepak tengok matahari terbenam dan berjalan di sekitar pantai.
Kemudahan lain di sini adalah spa macam jakuzzi, mandi air panas, bilik sauna dan refeksologi, tetapi yang ini dikenakan bayaran tambahan. Pada malam hari anda boleh lepak coffee house dan game house dimana anda boleh membaca buku atau lepak-lepak.
Harga bilik bermula dari RM150 - RM280 sahaja. Sangat murah dan berbaloi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini dan boleh jalan-jalan di bandar Kuantan.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!