Panduan Binaan dan rekabentuk Landskap, mungkin boleh membantu anda membuat sendiri landskap di rumah anda. Antara faktor yang perlu anda lakukan ialah:
- Pastikan konsep dan rekaan landskap yang ingin anda lakukan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnyakonsep Taman Bali, Taman Tropika, Melayu, Oriental, Taman Jepun dan sebagainya. Konsep terbebut boleh anda rujuk dalam blog ini nanti
- Pastikan konsep landskap pilihan anda itu sepadan dan sesuai dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.
- Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.
- Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan.
- Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
- Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, Pemilihan pokok pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca.
- Faktor penyelenggaraan landskap harus diambil kira dalam rekabentuk anda. Ini bagi kawalan kos, mudah dijaga, kos yang rendah dalam menjaga dan menganti pokok. Jenis pokok juga harus sesuai dengan kawasan, tidak terlalu besar dan sesuai dengan kawasan rumah anda.
- Pokok ranting besar dan banyak daun luruh harus di elak, ini kerana daun yang luruh terlalu banyak akan mencacat pemandangan dan kerja pembersihan kena laku hari hari, selain itu akar pokok akan menyebab dinding rumah atau pagar anda rosak. Kena peka pada pokok jenis ini.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!