TAMAN konsep Neo Nusantara yang berteraskan elemen tradisional seperti kain pelikat, pangkin serta kuda-kuda kian digemari ramai. Selain keunikannya yang memaparkan unsur budaya seperti Melayu, Minang dan Bugis, konsep laman ini turut menyuntik damai kerana menitikberatkan elemen sentuh, lihat selain cita rasa. Tidak hairanlah ia terus menggamit populariti berbanding konsep lain seperti Bali yang sudah kerap ditemui.
‘Desa dalam taman’: Konsep Neo Nusantara tumpu elemen deria selain cetus suasana kampung di laman
Dalam melatari taman berkonsepkan Neo Nusantara, lima perkara dijadikan sebagai paksi iaitu
- Pemandangan atau penglihatan (sight),
- Sentuhan (touch),
- Bunyi-bunyian (sound),
- Bau (smell) dan
- Cita rasa (taste).
Semua itu, katanya, penting untuk mencipta keselesaan yang menjadi nadi untuk konsep itu terus bertahan.
Taman Neo Nusantara turut memasukkan unsur tradisional dalam reka bentuk halamannya seperti kekisi yang dihasilkan berasaskan kain pelikat, pangkin serta kuda-kuda.
“Kain pelikat diterima oleh semua kaum di Malaysia dan unsur ini tidak akan ditemui pada taman berkonsepkan Bali, Jepun atau Inggeris. Begitu juga dengan pangkin dan kuda-kuda yang ada pada kebanyakan rumah di kampung satu ketika dulu.
Info: Laman Neo Nusantara
- Melur dan cempaka antara bunga yang sesuai untuk taman berkonsep Neo Nusantara.
- Kebanyakan hiasan termasuk tempayan dan bekas lampu diukir mengikut acuan tradisional seperti pucuk rebung dan jantung pisang.
- Pemilik digalakkan memasang muzik asli untuk mengembalikan nostalgia kampung di bandar.
- Kuda-kuda diilhamkan daripada gaya mengukur kelapa.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!