Alhamdulillah, hujung minggu yang lepas saya berpeluang bersantai ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu bersama isteri dan rakan-rakan. Kami bertolak dari Dungun ke Jeti Marang sejauh 60km. Kos yang dikutip oleh rakan yang menganjur program ini ialah RM100 seorang termasuk tambang bot, sewa chalet dan barbeku.
Jeti Marang
Perjalanan dari Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas mengambil masa kira-kira 30 minit dengan menggunakan feri MGH5. Tambang feri pula ialah RM30 pergi balik.
Tiba di Pulau Kapas kami yang terdiri daripada 7 pasangan suami isteri menginap di Chalet Pak Ya, berhampiran jeti utama Pulau Kapas. Sewa chalet pula RM40 semalam dengan kemudahan yang sangat asas - sebuah katil kelamin, kipas angin, dan bilik air. Memadai kerana kami jarang berada di bilik.
Antara aktiviti yang sempat kami buat disini ialah mandi manda, snorkling, berkayak, melawat tapak penetasan penyu selain banyak masa dihabiskan bersiar-siar menikmati keindahan pulau.
Menaiki bot ke lokasi snorkling
Pasir halus dan bersih...
Kadangkala perkemahan juga dibuat di chalet ini
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!