Dalam arkitek,
Bidang senibina landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif.
Lanskap membabitkan elemen-elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya. Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.
Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.
Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal.
Kerja lanskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.
Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.
Landskap di bahagi kepada 2 bahagian utama:
.
- Landskap lembut - yang hanya melibatkan elemen pokok-pokok dan bungaan sahaja
- Landskap keras - yang melibatkan binaan tambahan seperti struktur tiang, dinding, lantai, kekotak konkrit, binaan pondok yang digabung bersama landskap lembut, iaitu gabungan pokok dan binaan keras.
.
Beza antara seni landskap dan alam semulajadi ialah seni landskap melibatkan ubahsuai rupa bumi oleh manusia, mengikut pelan yang disediakan. Manakalaalam semulajadi ialah elemen asal kejadian Allah atas muka bumi ini tanpa ada perubahan bentuk asalnya, ia juga di panggil landskap semulajadi.
Kredit :
Industri Binaan Malaysia
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN. JIKA SUDI, SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA!!